Rumah Panjang di Long Palai, Baram, Hangus

0
228

BARAM: Kira-kira 20 orang tinggal sehelai sepinggang selepas satu daripada lima baris rumah panjang di Long Palai, Baram yang didiami mereka musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, mereka menerima laporan kebakaran rumah panjang kaum Kenyah itu dari guru Sekolah Kebangsaan (SK) Long Palai pada jam 5.20 pagi tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Maklumat lanjut masih belum diperolehi kerana masalah komunikasi. Dipercayai kebakaran ini melibatkan blok yg mempunyai 6 bilik,” katanya.

Jarak perjalanan ke lokasi kebakaran memerlukan 7 ke 8 jam melalui jalan jalan balak.

Beliau menambah, kebakaran rumah panjang pernah berlaku di Long Palai pada tahun 2017.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here