Chalet di Similajau musnah terbakar

0
241







BINTULU: Sebuah bangunan chalet setingkat jenis separuh kekal di Taman Negara Similajau, di sini hangus dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi.



Ketua Operasi Wahed Isa dalam laporan memberitahu, mereka menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 5.59 pagi dan segera bergegas ke lokasi.


Pasukan  bomba yang terdiri daripada tujuh orang mengambil masa setengah jam untuk memadamkan api sebelum ia berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.35 pagi.


Turut membantu operasi ialah pihak Taman Negara Similajau.


Ketika kebakaran chalet berlaku, pihak pengurusan Taman Negara Similajau tidak menyedari dan mujurlah pada masa itu tiada penyewa yang menginap.


Tambahan juga, pada masa yang sama cuaca hujan lebat ketika kejadian. Kali terakhir rumah chalet tersebut disewa oleh orang awam adalah pada 30 Jun yang lepas.


Taman Negara Similajau yang terletak hanya 45 minit dari Bintulu, merupakan destinasi yang amat popular untuk percutian hujunh minggu.


Selain memiliki pantai yang cantik taman ini merupakan sebahagian daripada kawasan pemeliharaan untuk pelbagai spesies hidupan liar seperti buaya air masin, penyu dan spesies pokok hutan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here