Rundingan perlu libatkan semua peguam syarie seluruh negara dahulu

0
226

KUALA LUMPUR – Tidak kurang 2,786 peguam syarie seluruh negara seharusnya dilibat sama dahulu dalam proses rundingan berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019.

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perundingan tersebut sepatutnya sudah dibuat bukan saja dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri serta jabatan agama tapi juga melibatkan peguam (syarie) seluruh negara.

Katanya, hal ini kerana nawaitu pengubalan RUU ini juga adalah untuk menyeragamkan peruntukan berkaitan kemasukan peguam syarie di seluruh Malaysia.

“Saya lebih melihat kepada pendekatannya sebelum kita mewujudkan ini (RUU) sepatutnya sudah ada perundingan bukan saja dengan menteri besar ketua menteri jabatan agama tapi juga melibatkan peguam (syarie) seluruh negara.

“Kalau ia nak guna pakai bagi seluruh negara, maka kita dalam konteks Sarawak kena melihat adakah apa nak dibentangkan ini mematuhi peruntukan perundangan khususnya tidak wujud pertembungan antara kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA), kuasa dibawah Perlembagaan Negeri dan apatah lagi undang Islam di Sarawak dibawah YDPA,” katanya ketika membahaskan RUU itu di Dewan Rakyat petang tadi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof memaklumkan akan adakan perundingan dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri supaya sudah ada satu set perundangan yang boleh dirujuk sebagai garis panduan.

Tambah Fadillah, pengubalan RUU itu juga adakah membolehkan peguam syarie mengawal selia profesionalisme mereka sendiri melalui wujudnya Majlis Peguam Syarie seperti terdapat bagi peguam sivil melalui Majlis Peguam.

“Jadi ini akan menjadikan situasi untuk tidak akan wujud elemen ‘fear’ atau ‘favor’.

“Kalau ia dikawal selia menteri, maka ada elemen di mana beliau boleh mengawal amalan guaman di peringkat syarie manakala sivil tidak wujud sedemikian,” ujarnya lagi.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here