Kerana Kentut Kuat, Penjenayah Ditangkap

0
277

LIBERTY, Missouri – Pihak berkuasa Northland hanya bergantung kepada deria pendengaran mereka untuk mengesan suspek pada hari minggu lalu.

Fox2now melaporkan, Jurucakap Pejabat Sherif Daerah Clay berkata, semasa operasi memburu suspek, penjenayah yang disyaki tersebut telah melepaskan kentut.

Bunyi kentut yang terlalu kuat sehingga didengari oleh polis yang mencarinya dan mendedahkan lokasi persembunyian suspek ‘malang’ itu.

“Kami memuji pihak berkuasa kerana hanya menggunakan deria mereka untuk mengesan penjenayah!” Kata jabatan sheriff itu.

Menurut jabatan sheriff, individu itu dikehendaki kerana memiliki dadah.

Mungkin semua penjenayah selepas ini patut kurangkan makan halia untuk mengelak perut berangin semasa lari dari polis.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here