Jerip keluar PSB

0
278
KUCHING – “Keputusan saya juga bagi kepentingan besar perpaduan masyarakat Bidayuh. Saya kemudian boleh menyumbang ke arah pengukuhan dan membantu perpaduan masyarakat Bidayuh dalam kerajaan Sarawak.
“Saya berikrar memberi sokongan penuh kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk terus memimpin Sarawak,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr. Jerip Susil dalam kenyataan hari ini.
Dr. Jerip hari ini memutuskan untuk keluar daripada Parti Bersatu Sarawak (PSB) berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan masyarakat dan penyokong di kawasan N.19 Mambong.
“Ia merupakan keputusan perit buat saya namun perlu dibuat kerana sangat sedar dan yakin bahawa hanya Gabungan Parti Sarawak (GPS) dibawah kepimpinan Abang Jo mempunyai visi, komitnen dan program membawa pembangunan yang lebih baik dan kemajuan bagi kawasan luar bandar.
“Saya sangat yakin rakyat kita akan mendapat lebih manfaat menerusi Progran Transformasi Luar Bandar (RTP) kerajaan GPS,” jelasnya.
Menurutnya, RTP membawa infrastruktur yang lebih baik kepada kawasan luar bandar dan membawa program sosioekonomi membantu rakyat ke arah standard kehidupan lebih baik.
“Ketua Menteri kita yang komited melindungi hak dan kepentingan Sarawak. Kita perlu berdiri teguh dibelakang beliau dalam berhadapan cabaran dan kita percaya hanya kerajaan GPS boleh menyatukan Sarawakian membolehkan mereka menjalankan amanah ini.
“Oleh itu, kita mesti menunjukkan solidariti untuk berdepan cabaran di masa depan dan memberikan sokongan kuat kepada Abang Jo,” tegasnya. 
Sementara itu, Abang Jo ketika diminta mengulas tindakan Dr. Jerip, katanya, beliau tidak mengetahui bahawa Menteri Muda Pengangkutan membuat pengumuman keluar PSB.
“Tidak, saya baharu saja terdengar perkara ini,” jelasnya ketika mahu meninggalkan Wisma Bapa Malaysia sebentar tadi.
Bagaimanapun, Abang Jo memberitahu, ia keputusan Dr. Jerip untuk meninggalkan parti berkenaan.
Ketika ditanya sama ada akan menyertai parti mana selepas ini, beliau tidak mengetahuinya.
“Tidak, tidak tahu. Biar saya kaji dahulu apa berlaku,” ujarnya.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here