Sarawak sebuah Booster Rocket, Dr Michio Kaku

0
266
KUCHING – Ahli fizik teori dan futuris, Dr Michio Kaku  menggambarkan Sarawak sebagai ‘sebuah roket dengan enjin penggalak besar yang bersedia untuk berlepas’.
“Bila saya sampai ke Sarawak, saya kagum. Imej yang muncul dalam fikifan adalah anda mempunyai roket dengan enjib penggalak yang besar bersedia untuk berlepas bersama semua bahan yang sudah disiapkan.
“Ia mempunyai populasi yang aman, masyarakat berpendidikan yang mahu belajar. Ketiga, anda mempunyai kerajaan yang mahu membawa ke masa hadapan. Sangat jarang menemukan kerajaan sebegini.
“Keempat, usahawan dan perniagaan kecil bersama tenaga serta kreativiti untuk mencipta perniagaan yang menjana ekonomi. Kelima, semangat nasionalisme yang mahu menjadi sebahagian masa depan dan revolusi digital hebat ini,” katanya dalam ucaptama pada International Digital Economy Conference Sarawak (Idecs) baru baru ini.
Dalam pembentangannya bertajuk, ‘The World in 2030’, Kaku membicarakan soal kebangkitan kapitalisme sempurna dengan dunia memasuki gelombang keempat generasi kekayaan didorong kecerdasan buatan (AI), bioteknologi dan nanoteknologi.
“Kita menuju ke arah kapitalisme sempurna apabila konsumer tahu segalanya mengenai produk berkenaan.
“Kita akan mempunyai pengetahuan ketakterhinggaan permintaan dan penawaran. Ia merupakan kapitalisme tanpa geseran.
Menurutnya lagi, mereka yang tewas adalah pekerja yang melakukan perkara sama dan orang tengah manakala pemenang adalah pekerjaan masa depan yang tak boleh dilakukan robot – tenaga buruh separa mahir seperti tukang kayu, paip dan pengutip sampah; kerja melibatkan hubungan manusia seperti peguam dan kaunselor dan kapitalis intelektual seperti penganalisis, saintis dan artis.
“Manusia akan berada dalam gambar; manusia memerlukan modal intelektual.
“Robot tidak boleh memberi kita modal intelektual. Inovasi, kreativiti, analisis – tiada perkara ini boleh dilakukan robot,” jelasnya.
Ketika sesi soal jawab dikendalikan Penolong Naib Presiden Astro Awani, Melisa Idris, Kaku bersetuju bahawa latihan semula merupakan proses berterusan mempelajari dan mengadaptasi teknologi.
“Manusia bokeh melakukan hampir semua perkara namin kota perlu latihan untuk melakukannya. Mana-mana negata mahu menjadi sebahagian masa depan perlu mendidik (rakyat),” katanya lagi.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here