Pencari ketam masih hilang

0
365

Suasana hiba. Isterinya bercakap berselang seli tangisan.

Wartawan kami, Nadim Bokhari bertemu sendiri dengan keluarga Wan Kamaruddin Wan Muhammad untuk mengesahkan cerita tentang kehilangan beliau.

Wan Kamaruddin 30, ghaib bersama motosikal nya ketika keluar menangkap ketam pada hari Isnin, 8 Julai 2019 pada jam 4 petang.

Bapa kepada dua orang anak itu pergi hanya membawa bubu ketam dan kad pengenalan, namun beliau terlupa makanan yang dibekal kan isterinya Netty Eawani 30.

Netty menghubungi Wan pada jam 5 petang hari yang sama, beliau ada menjawab telepon dan berkata dirinya masih mencari ketam. Wan bagaimanapun tidak memberitahu di mana lokasinya.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gita pada 9/7 pada jam 5 petang. Netty menunjukkan salinan laporan kepada wartawan kami.

Dua orang anaknya yang berusia 3 tahun dan 7 tahun, kelihatan sangat sedih dan merindui ayah mereka.

Kali terakhir Wan dapat dihubungi pada jam 4 pagi 9 Julai lalu.

Wan berkerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang Tepung.

Isterinya berkata Wan biasanya menangkap ketam lokasi di Sungai Lumut, ibu pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) , Pasir Pandak dan Jalan Samariang Baru.

Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika dihubungi berkata beliau akan menghantar kakitangan untuk menziarahi keluarga malang itu.

Fadillah maaih berada di Kuala Lumpur menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Rakaman video temuramah dengan isteri Wan

Teks, photo dan audio oleh Nadim Bokhari.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here