Nostalgia Pasar Satok….

0
263

NOSTALGIA…Pasar Satok atau lebih dikenali dikalangan orang tempatan sebagai Pasar Minggu Satok, yang menjual pelbagai barangan, sebelum berpindah ke tempat baru di Kubah Ria.

Peniaga yang berniaga disini suatu masa dahulu menganggap pasar satok lama adalah sebagai lubuk untuk mencari rezeki, berbanding penempatan baru, yang diibaratkan oleh peniaga seperti hidup segan mati tak mahu.

Segelintir peniaga asal menyuarakan agar pasar Satok lama beroperasi semula di tempat asal.

Pemandangan dan suasana sebegini amat dirindui peniaga serta wargakota, tapak kawasan Satok, lama dikatakan dibangun sebagai satu tempat strategik.

Peniaga pasar satok yang sudah bermula berniaga disitu sejak 24, tahun lalu, berharap Kerajaan Sarawak dapat mengembalikan nostalgia Pasar Satok lama agar kembali menjadi tarikan pelancongan di bandaraya Kuching.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here