Digitalisasi, Sarawak mampu setanding dengan negara maju

0
266

KUCHING – Sarawak dipercayai mampu setanding dengan negara-negara maju dari segi perjalanan digitalisasi melalui strategi dan sokongan seluruh komuniti.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, mereka tidak boleh lagi ketinggalan dari segi adaptasi teknologi digital dan pembangunan ekonomi digital yang sangat memberi manfaat kepada masyarakat di sini.

“Sama ada kita memacu dalam bidang penyelidikan baharu atau kita akan sentiasa menjadi pengikut tanpa mampu membawa banyak kemajuan kepada rakyat dan negara.

“Saya sedar sepenuhnya kritikan terhadap visi untuk membawa Sarawak ke arah Ekonomi Digital. Saya mengulangi bahawa visi Ekonomi Digital tidak boleh kita persia-siakan,” katanya pada International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS), di sini sebentar tadi.

IDECS dihadiri sekitar 2,300 delegasi menampilkan speaker, fasilitator dan moderator dari sembilan negara iaitu Australia, China, Estonia, India, Singapura, Sepanyol, Thailand, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Speaker utama ialah Dr. Michio Kaku dari AS dan Inma Martinez dari Sepanyol yang pastinya membawa pandangan global berharga, perspektif dan amalan terbaik teruatama berkaitan tema persidangan ‘Envisioning Sarawak Future Living’ dan bagi Digital Ekonomi.

Mengulas lanjut, contoh manfaat diperolehi ialah penstrukturan transasksi tunai dan menggunakan bayaran digital di masa depan dapat menghalang ekonomi hitam dan meningkatkan pendapatan menerusi cukai jualan.

“Setelah transaksi menjadi digital, pemantauan cukai dan jualan menjadi lebih mudah.

“Bagi masyarakat Sarawak, kita telah memulakan perjalanan itu sejak saya mengambil alih sebagai Ketua Menteri,” jelasnya.

Abang Jo berkata, Sarawak telah melakar strategi dan pelan tindakan yang kini pada peringkat awal perlaksanaan.

“Kita tidak boleh lagi melakukan kesalahan dalam perjalanan ini dan dengan kerahmatan dikurniakan Allah kepada Sarawak dan rakyatnya, akan memberi manfaat daripada usaha kita, insyaAllah,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here