Mangsa ribut dan rumah runtuh akan dibantu

0
239
 KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Sarawak telah membuat
penilaian kerosakan bagi membantu mangsa ribut di Taman Sepakat Jaya,
Demak Laut semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.30 petang itu sebanyak lapan buah rumah telah mengalami kerosakan.

Hari
ini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri(JPBN) turun padang melawat mangsa
yang terjejas akibat kejadian itu.

Beliau turut meluangkan masa melawat mangsa rumah runtuh di Kampung Semariang Batu.

Kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu menyebabkan dua daripada ahli keluarga rumah yang dihuni empat orang itu mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk mendapat rawatan.

Bantuan yang diberikan dihulurkan bagi meringankan beban mangsa ialah bantuan makanan, wang tunai tabung bantuan segera berjumlah RM 300, dan bantuan bagi membina semula kediaman mangsa.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here