Remaja maut dalam kemalangan di Sungai Moyan

0
246

KUCHING: Seorang remaja maut setelah kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Sungai Moyan, Jalan Batu Kawa pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.40 pagi itu, mangsa yang maut dikenali Aidan Aubrey Andrew,19, yang dari Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kereta yang dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan lalu merempuh sebuah kereta lain dan motosikal yang bergerak lurus dari arah Bau menuju ke Batu Kawa.

“Impak kemalangan menyebabkan pemandu, penunggang dan penumpang kereta dipandu mangsa turut mengalami kecederaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera di bawa ke hospital untuk mendapat rawatan manakala mayat mangsa turut dibawa ke Hospital Umum Kuching untuk tindakan lanjut.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here