Ibu muda bersalin atas terminal bot ekspress

0
303
Jururawat bertugas memangku bayi yang baru dilahirkan

SARIKEI : Seorang ibu muda menempuhi pengalaman luar biasa apabila terpaksa bersalin di atas kerusi di Terminal II  bot ekspress Jalan Whaft di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba Sarikei, Mahmudin Naruddin berkata, ketika kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu,  wanita yang berusia 22 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Bukit Kinyau ke Hospital Sarikei dengan menaiki bot bersama suaminya untuk bersalin.

“Dalam keadaan kesuntukan masa untuk melahirkan anaknya, wanita terbabit berdepan detik cemas apabila pintu utama jeti terbabit berkunci.

“Seramai lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.56 malam,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sebaik tiba pihaknya bertindak memotong mangga pagar terminal untuk menyelamatkan wanita terbabit hanya dalam tempoh seminit.

“Bagaimana pun, ketika itu dia sudah pun selamat bersalin di atas kerusi terminal berkenaan sambil ditemani oleh suaminya,” katanya.

Katanya, wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sarikei untuk rawatan susulan oleh pasukan paramedik.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here