Sarawak eksport produk makanan 2030

0
346

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) giat memperkasa bidang pertanian di negeri ini ke arah yang lebih moden.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini selari dengan hasrat Sarawak untuk menjadi pengeksport produk makanan menjelang tahun 2030.

“Untuk itu kita mahu generasi muda melibatkan diri dalam sektor pertanian moden yang bakal menjadi sumber kekayaan baru,” katanya dalam perutusan Hari Gawai 2019.

Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembagunan Wilayah itu berkata, kementerian beliau akan memberi sokongan penuh dari segi penganjuran kursus dan latihan yang berkaitan seperti peralatan penanaman, geran permulaan, subsidi, pasaran dan lain-lain.

“Kita juga menggalakkan golongan petani mempelbagaikan tanaman yang menjadi pendapatan alternatif apabila 
harga komoditi utama seperti lada, kelapa sawit dan getah jatuh di pasaran.

Beliau berkata, antara tanaman yang mempunyai potensi besar untuk diusahakan bagi menjana pendapatan ialah  seperti durian, nanas, pisang, kelapa dan jagung.

Mengenai perayaan Gawai, katanya, ia merupakan masa masyarakat Dayak bergembira, mengukuhkan ikatan keluarga serta menyumbang kepada keharmonian kaum.

“Seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Krismas, seminggu atau sebelum hari perayaan masyarakat Dayak akan membuat perjalanan pulai ke menoa atau balik jampung.

“Ini akan membolehkan generasi muda mengetahui dan mempelajari budaya serta tradisi mereka,” ujarnya.

Menurutnya lagi, yang paling utama tradisi di rumah panjang kerana ia sangat penting bagi mereka untuk menghargai, mengamalkan dan memelihara identiti budaya dan warisan mereka.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here