Tusan Ice Cream Semakin Popular

0
610

 

Di sebalik pelbagai jenama terkemuka aiskrim di pasaran, Tusan Ice Cream mempunyai peminatnya sendiri. Rasanya yang sedap dan lain daripada yang lain, menyebabkan produk ini laris dan terus digemari ramai.

Ditubuhkan oleh dua anak muda iaitu Roydy Ismail (pengasas) dan Adam Pitt, Tusan Ice Cream ini mulai dijual warung kecil di Pantai Tusan, Bekenu.

“Segala-galanya bermula secara suka-suka sebagai sambilan pada Mac 2016. Kami membuka warung kecil sahaja namun sambutan yang luar biasa dari peminat aiskrim telah membuatkan kami berusaha dengan lebih kuat agar jenama Tusan Ice Cream terus dikenali,” katanya.

Selepas enam bulan berniaga di Pantai Tusan, pada 6 November 2016 Roydy dan Adam maju ke hadapan dengan membuka cawangan kedua di Permyjaya.

“Pembukaan cawangan kedua ini bagi memenuhi permintaan pelanggan dari Brunei dan Miri.”

“Berkat sokongan daripada semua pelanggan, kami menambah menu terbaru seperti Coconut Shake, Puding Kelapa, Mango Shake dan terbaharu minuman jagung.”

Roydy menambah, perancangan seterusnya membuka cawangan Tusan ice Cream yang ketiga di Miri khusus untuk pelanggan bandar raya itu.

Sementara itu, Tusan Ice Cream meraikan ulangtahun pertama pada 3 Mac. Showcase pertama diadakan di Permaisuri Mall Miri.

Turut undang ialah Raja Smule Malaysia (Khai Bahar) dan Ratu Parodi Sabah dan Ikon Wanita Sabah (Sakinah vs Ondu) untuk memeriahkan acara di samping mempromosikan jenama Tusan Ice Cream

Tusan Ice Cream turut menaja pasukan futsal Jabatan Penjara Miri diikuti dengan rumah terbuka sempena Hari Raya untuk pelanggan selain menjadi penaja rasmi untuk Lefest Tour 8.0 di Stadium Tertutup Miri bersama dengan artis jemputan seperti Mawi, Aiman Tino dan Lan Kristal.

“Pihak kami sentiasa memberikan pelbagai bantuan dan sumbangan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan sebagai tanda menghargai mereka,” kata Roydy.

Selain mendapat perhatian di media sosial, Tusan Ice Cream turut mendapat liputan dari beberapa saluran radio antaranya Era Fm,My Fm dan Hitz Fm.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here