Perogol Kena Penjara 25 hingga 30 Tahun

0
238

KOTA SAMARAHAN – Datuk, bapa dan dua bapa saudara ‘durjana’ mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 13 pertuduhan kerana melakukan sumbang mahram dengan merogol mangsa berusia 19 tahun sejak enam tahun lalu.

 Malah seorang bapa saudara berusia 28 tahun juga mengaku salah merogol si adik yang kini berusia 14 tahun sejak berusia sembilan tahun.

Hakim Marutin Pagan menjatuhkan hukuman  penjara 25 tahun ke atas semua pertuduhan kecuali dua dakwaan ke atas bapa saudara berusia 28 tahun yang telah merogol si adik dengan 30 tahun penjara.

 Hukuman penjara itu akan berjalan serentak dari tarikh ditahan dan kesemua tertuduh juga dikenakan 24 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azhari Yusof manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, perbuatan terkutuk keempat tertuduh terbongkar selepas mangsa berusia 19 tahun disahkan hamil selama 25 minggu oleh doktor di Hospital Serian.

Hasil temubual dengan pihak hospital, gadis yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan itu mendakwa telah menjadi mangsa nafsu ‘buas’ keempat-empat tertuduh sejak dia masih berusia 13 tahun.

  Malah si adik yang kini berusia 14 tahun dijadikan tempat melampiaskan nafsu salah seorang tertuduh ketika berusia sembilan tahun.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here