Nelayan Hilang Dijumpai Mati

0
308

SEMBILAN HARI, pasukan Search and Rescue (SAR) mencari akhirnya mayat Haji Lembong Bin Pin berumur 75 tahun dijumpai kira-kira 300 meter dari topi milik beliau ditemui.

Allahyarham dipercayai jatuh ketika pergi menangkap ketam menggunakan bot miliknya seorang diri
di Pasir Ambal, Kampung Serpan Laut, Asajaya, Samarahan pada
hari Rabu 16 Ogos yang lalu.

Pasukan SAR telah menjumpai pakaian yang
dipakai oleh mangsa dan mayat beliau dalam jarak kira-kira 1 km dari Kampung  Sampun Tebun, kawasan pencarian baharu dikawasan hutan bakau.

Mayat mangsa yang jumpai telah dikenalpasti oleh keluarga mangsa dan dijumpai dalam jarak kira-kira 300 meter dari petunjuk kedua iaitu topi yang dijumpai pada hari Rabu.

Komander operasi SAR PBKII Subari bin Beni melaporkan bahawa keadan tubuh badan mayat mangsa  masih dalam keadaan sempurna.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis pada jam 11:48 pagi tadi untuk tindakan lanjut.

gambar dan info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here