Rock Melon Hasil Fertigasi di Kuala Rajang

0
595

Usaha berani syarikat Kuala Rajang Agrotech Ventures Sdn Bhd menceburi pertanian fertigasi di kampung Kuala Rajang membuahkan hasil apabila ia turut mendapat pengiktirafan daripada pemimpin nombor satu Sarawak.

 Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang melawat tapak kebun fertigasi syarikat itu baru baru ini melahirkan rasa kagum beliau terhadap kualiti buah yang berjaya dihasilkan.
 

Pengerusi syarikat, Tuan Haji Attar Salleh ketika dihubungi berkata mereka bermula di sebuah tapak 3,200 kaki persegi bermula pada pertengahan Jun 2017 dengan 104 beg tanaman cili kulai dan 343 beg tanaman rock melon bermula 19 Jun 2017.

 “Tapak fertigasi kedua dibangunkan pertengahan Julai dengan 368 beg tanaman rock melon dan 276 beg tanaman tembikai susu pada 26 Julai 2017,” tambah beliau.

Lebih membanggakan lagi, Ketua Menteri Sarawak turut membuat saranan supaya pertanian fertigasi diusahakan di kawasan-kawasan luar bandar yang lain kerana ia tidak memerlukan tanah yang luas atau melibatkan kos pelaburan yang tinggi.

 

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here