Perkhidmatan Internet di Ulu Baram

0
474
Siapa sangka perkampungan Long San, yang terletak kira-kira lima jam perjalanan dari Miri bakal menikmati kemudahan Internet seperti bandar besar serta kota raya utama seluruh dunia?


Siapa percaya kemudahan itu tetap di disediakan kepada penduduk Ulu Baram walaupun mereka pernah dianggap menentang kemajuan serta pemodenan apabila menolak empangan Baram?


Siapa menduga seorang Ketua Menteri akan turun padang untuk mengumumkan sendiri tentang berita baik ini kepada penduduk Ulu Baram ketika dunia bercerita tentang betapa kerajaan memusuhi serta menindas penduduk pedalaman Sarawak?


Anehnya, kampung terpencil terperosok jauh di dasar hutan ini bakal dihubungkan dengan dunia luar berikutan pemilihannya sebagai pelancaran projek perintis ‘belon internet’.
Ketua Kampung Long San, Lucia Paya, 65, berkata, pelancaran projek perintis ‘belon internet’ ini merupakan satu kebanggaan bagi lebih 1,000 penduduk berbilang kaum – Kayan, Kenyah, Penan dan Iban di situ.
“Kami berharap jika projek ini berjaya ia dapat menghubungkan Long San dan kawasan lain di Telang Usan dengan dunia luar.”
Ketua Kampung Long San, Lucia Paya
“Internet dengan kelajuan tinggi dapat membuka peluang ekonomi untuk penduduk di Long San. Pada masa yang sama membolehkan anak-anak tempatan terutama pelajar sekolah akses dengan sumber maklumat,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Lucia,buat masa kini liputan komunikasi penduduk di Long San terbatas dan panggilan telefon hanya dapat dilakukan di kawasan tertentu.
Masa kini penduduk di Long San bergantung dengan tanaman sawit, padi, getah dan kebun kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan.
Sabtu lalu, Abang Johari semasa merasmikan Karnival kesihatan Ulu Baram Ke-6 anjuran Kumpulan Syarikat Samling, di Kem Pusat Baram mengumumkan Long San menjadi tempat yang pertama di Sarawak menggunakan belon yang diterbangkan di udara untuk mendapatkan akses Internet dan berkomunikasi dengan dunia.
Abang Johari berkata, program ‘Belon Internet’ itu merupakan projek perintis yang dilaksanakan dengan kerjasama Silicon Valley, dari Amerika Syarikat (AS) dan akan diuji buat pertama kalinya di dunia, di Long San, Ulu Baram pada 27 Ogos nanti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, ia bukan perkara mudah memandangkan kawasan Telang Usan terletak jauh di pedalaman dan semestinya usaha membawa pembangunan ke situ penuh dengan ranjau dan cabaran.
“Telang Usan boleh dianggap sebagai sempadan terakhir dalam istilah pembangunan di Sarawak, serba-serbi kekurangan dari segi infrastruktur dan kemudahan asas berbanding kawasan lain di negeri ini.”
“Ini membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri dalam menaiktaraf kemudahan komunikasi di ulu Baram.”
 
 

“Justeru, tumpuan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk mengatasi jurang komunikasi melalui pelancaran projek perintis ‘Belon Internet’ ini amat disambut baik,” katanya.

“Kita amat berterima kasih kepada Abang Johari kerana memilih Long San untuk perlaksanaan projek perintis ini. Ini membuktikan stail kepimpinan beliau yang sentiasa berfikiran jauh.”
 
“Sekiranya projek perintis itu nanti berjaya dilaksanakan di Long San yang penuh dengan cabaranm saya percaya sistem itu dapat dilaksanakan di kawasan lain di seluruh Sarawak,” kata Dennis.
 
Dennis menyeru rakyat di Telang Usan khususnya Long San agar memberikan sokongan terhadap projek pembangunan khususnya ‘Belon Internet’ ini kerana ia akan memanfaatkan rakyat sendiri.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here